KARI KAMBING MAMAK

KARI KAMBING MAMAK


1 kg daging kambing/mutton cube
2 biji tomato (potong dadu & ramas dengan 1 cawan air)
2 biji bawang besar - dihiris mayang
1 cawan santan
8 biji buah badam (rendam sekejap, buang kulit & blend dgn sedikit sahaja air. Tapiskan & ambil airnya sahaja)
4 biji buah keras ( rendam & blend dengan sedikit air & tapis ambil air sahaja)
3 sudu besar yugurt
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
10- 20  helai daun kari
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji ubi kentang

*bahan kisar halus ngan sikit air
15 biji bawang merah
2 biji bawang besar
3 cm halia
6 ulas bawang putih

*4sekawan
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

*Rempah Serbuk bancuh dengan sikit air
1 sudu besar garam masala
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit

CARA MEMASAK:

1. Masukkan garam 1/2 sudu kecil, 1 sudu besar bahan kisar, 1 sudu besar serbuk cili dan serbuk kunyit, sebatikan bahan2 & sapukan pada daging kambing. Perapkan daging tadi  paling kurang 2jam dalam peti sejuk.

3. Panaskan minyak sapi & minyak masak di dlm periuk.

4. Tumis hirisan bawang besar, daun kari, 4sekawan, bahan blend, serai & daun pandan sehingga harum.

5. Masukkan serbuk2 rempah yg dah dikacau dengan sedikit air. Biarkn semua campuran ni masak hingga pecah minyak.

6. Masukkn daging kambing. Kacau selama kira2 15 minit atau sehingga rempah2 dah meresap ke dalam daging.

7. Tuangkan air perahan tomato, air badam, yogurt & buah keras.

8. Masukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang dan daging empuk.

9. Masukkan garam & santan.

10. Kecilkan api & renehkan dalam 7-8 minit supaya semua bahan meresap satu sama lain.

Sedia untuk dihidang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pajeri nenas mudah dan sedap

Ayam masak merah sedap